About Me

Pages

Blog Archive

Popular Posts

Wednesday 25 May 2011

SEORANG KEKASIH ITU ADALAH......

Anda punya kekasih?tau kah kamu apa pengertian seorang kekasih yang sebenar?mari bersama sama do'the nols berkongsi serba sedikit pemahaman tentang pengertian kekasih.

Seorang kekasih adalah seorang sahabat baik yang lazimnya adalah berlawanan jantina dimana dalam persahabatan ini terlahir satu perasaan yang memberikan kelainan yang boleh melahirkan perbezaan sifat peribadi semasa keberadaannya dengan ketidakberadaannya.sehingga disuatu saat keselesaan dan keintiman ini membawa kepada perasaan saling memerlukan antara satu sama lain.
Boleh dikatakan juga seorang kekasih adalah sahabat yang berlainan jantina yang kerap keinginan perasaannya ingin selalu berada berdekatan dan akan terasa janggal pabila jauh atau tidak berhubung.ini adalah kerana melalui perhubungan seperti ini,telah terjadi akan satu keinginan untuk memiliki lawannya.
perasaan rindu,sayang dan cemburu adalah permainan biasa bagi golongan ini.tidak akan bisa lari darinya.Tidak kesemua kekasih akan merasai keseronokan atau keselesaan dalam perhubungan.dan akan menjadi kebiasaan bagi setiap kekasih ada didalamnya perasaan curiga pada pasangan.ini adalah kerana telah terlahir didalam hatinya perasaan mengasihi lawan dan gelodak sayangnya membawa kepada perasaan takut kehilangan hingga membawa kepada pemikiran berhati hati terhadap risiko kehilangan.
Seorang kekasih itu asasnya adalah seorang sahabat baik berlainan jantina yang dalam proses perkenalan dimana kehidupan mereka berkongsi agar dapat saling mengenal sebelum ke tangga pertunangan dan seterusnya pernikahan.

No comments:

Post a Comment