About Me

Pages

Blog Archive

Popular Posts

Wednesday 25 May 2011

SEORANG KEKASIH ITU ADALAH......

Anda punya kekasih?tau kah kamu apa pengertian seorang kekasih yang sebenar?mari bersama sama do'the nols berkongsi serba sedikit pemahaman tentang pengertian kekasih.

Seorang kekasih adalah seorang sahabat baik yang lazimnya adalah berlawanan jantina dimana dalam persahabatan ini terlahir satu perasaan yang memberikan kelainan yang boleh melahirkan perbezaan sifat peribadi semasa keberadaannya dengan ketidakberadaannya.sehingga disuatu saat keselesaan dan keintiman ini membawa kepada perasaan saling memerlukan antara satu sama lain.
Boleh dikatakan juga seorang kekasih adalah sahabat yang berlainan jantina yang kerap keinginan perasaannya ingin selalu berada berdekatan dan akan terasa janggal pabila jauh atau tidak berhubung.ini adalah kerana melalui perhubungan seperti ini,telah terjadi akan satu keinginan untuk memiliki lawannya.
perasaan rindu,sayang dan cemburu adalah permainan biasa bagi golongan ini.tidak akan bisa lari darinya.Tidak kesemua kekasih akan merasai keseronokan atau keselesaan dalam perhubungan.dan akan menjadi kebiasaan bagi setiap kekasih ada didalamnya perasaan curiga pada pasangan.ini adalah kerana telah terlahir didalam hatinya perasaan mengasihi lawan dan gelodak sayangnya membawa kepada perasaan takut kehilangan hingga membawa kepada pemikiran berhati hati terhadap risiko kehilangan.
Seorang kekasih itu asasnya adalah seorang sahabat baik berlainan jantina yang dalam proses perkenalan dimana kehidupan mereka berkongsi agar dapat saling mengenal sebelum ke tangga pertunangan dan seterusnya pernikahan.

Tuesday 24 May 2011

MAAF ( sukar ungkapkan cinta maya)



Maaf kalau aku tidak sesempurna itu.seperti yang engkau bayangkan sebelumnya.aku manusia biasa saja.yang tidak akan berdaya memuaskan apa yang kau harap dan inginkan.Cinta ini terlahir di alam maya sana.dimana kita hanya berbicara di chat space dan menulis komen.aku suka kamu bukan cuma dari tanda "like" pada wall kamu.smuanya begitu cepat dan aku begitu merasa sayang pada kamu.makanya aku sentiasa menatap foto foto kamu di profil putih biru.senyuman kamu sangat manis sekali.manisnya hingga membuat aku selalu mengingatkan nama kamu setiap waktu.Alangkah baiknya kalau kamu sedari.dan kamu cuba selami semua yang ada di benak ini.kerna aku tidak yakin bisa meluahkannya.walaupun di wall kamu.apatah lagi berdepan dengan diri kamu.namun aku akan tetap sayang.kerna cinta ini bukan sekadar melayang di ruang Facebook ini..ianya melayang jauh ke dunia nyata saya.dan mudah mudahan,suatu hari nanti,kamu bisa sedar..bahawa saya sangat sayang pada kamu. :)   [ do'the nols ]

Kini kita boleh terus berhubung :)

Kini penduduk di kawasan Tanjung Manis boleh terus sampai ke seluruh kawasan utama di sarawak apabila jalan raya ke bandar sibu telah siap dibina.dengan berkenderaan sendiri perjalanan hanya mengambil sekitar satu jam setengah dari bandar Tanjung Manis.Dengan adanya kemudahan ini,maka mudahlah untuk sanak saudara yang bekerja diluar kawasan pulang ke Kampung Halaman,terutana pada musim perayaan.. :)

Monday 23 May 2011

FUTSAL ZON TANJUNG MANIS ( BELAWAI )

SEMPENA CUTI SEKOLAH INI,PERTANDINGAN FUTSAL AKAN DIADAKAN  DI  GELANGGANG FUTSAL BELAWAI ( TAPAK PESTA KAUL ).MARI SERTAI.

Nur Kasih The Movie : anda suka??

Chelsea FC : Ancelotti OFF !!!

pengurus kelab,carlo ancelotti bakal menamatkan kariernya di stamford Bridge selepas kekalahan 0-1 di everton.Ancelotti yang pernah membantu pasukan memenangi piala FA dan Liga perdana sebanyak dua kali berturut itu sebelumnya telah bersama sama the blues dalam 109 perlawanan yang mana dengan 67 kemenangan,20 seri dan 22 kekalahan..

MANCHESTER UNITED JUARA BPL 2010-11

Manchester merangkul kejuaraan ke 19 liga perdana inggeris setelah berjaya kekal di persada liga dengan kelebihan 9 gol selesa di hadapan pencabar terdekat Chelsea dan Arsenal.Gelaran ini dilihat sudah pun di genggam setelah seri di blackburn minggu lalu yang menyaksikan United hanya memerlukan keputusan 1 mata untuk meraih piala liga BPL.Tahniah buat fan Red Devils.United akan berpeluang menggenggam trofi liga juara juara eropah 29 hb ini apabila bertemu juara sepanyol, Barcelona di final. :)

Sunday 22 May 2011

kenali Chelsea Olivia lebih dekat

Biodata Chelsea Olivia
Full Name: Chelsea Olivia Wijaya
TTL: Bandar Lampung, 29 July 1992
Religion: Christian Protestant
Name of father: Jacob Wijaya
Name of Mother: Juliana Agustin
Son To: 3 of 3 brothers (the youngest)
Last Education: High School 6 Jakarta
Zodiac: Leo
Height: 166 cm
Weight: 47 Kg
Shoe size: 39
Favorite colors: Pink, Green
Favorite food: Fried Chicken, carp Fuel
Favorite Drink: sekoteng
Ideals: dermatologist
Hobbies: Sleeping, Hear Music, a collection of Perfume and Shoes, Shopping, Playing Basketball and Swimming
Idol Stars: Dakota Fanning, Paris Hilton, Agnes Monica, The Band, So7, Bob Marley, Aero Band

BOLA PULA : P206 TANJUNG MANIS VS LAND SURVEY

JOM SOKONG PASUKAN KITA PADA PERLAWANAN MENENTANG LANDAS DI MINI STADIUM SARIKEI PADA 28 MEI INI..

Saturday 21 May 2011

abg kamus berkata :

bath (english ) = mandi ( melayu ) = temuk (melanau)= manoe ( aceh )

siapa itu azazil

Azazil bukanlah malaikat, ia adalah iblis yang asalnya dari golongan jin yang kuat beribadat.
Al-Kahf [50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…
Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun. Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi imam kepada para malaikat. Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat.
Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.
Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-
Israa [61] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?
Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki iblis@Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan.
Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.

( PENGKAJI CINTA)

JIKA KAMU PUNYA SESEORANG YANG SAYANG,ATAU SUKA PADA KAMU.MAKA PASTI ADA SESUATU YANG MENYEBABKAN DIA TERTARIK PADA KAMU..JIKA ADA ORANG SUKA PADA KAMU,MAKA JANGAN BERUSAHA UNTUK MERUBAH DIRI KAMU BAIK MELEBIH LEBIH ATAU MENGURANG KAN APA YANG ADA PADA DIRI KAMU UNTUK MEMBUAT DIA LBIH SUKA ATAU SAYANG PADA KAMU.JADI LAH DIRI SENDIRI,WALAU APAPUN PANDANGAN ATAU KRITIKAN ORANG PADA KAMU.KERNA DALAM SETIAP DIRI SETIAP ORANG,ADA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN YANG MASING MASING...

Friday 20 May 2011

SAFARI MEMANCING TANJUNG MANIS 2011

DATANGLAH BERAMAI RAMAI MEMERIAHKAN SAFARI MEMANCING TANJUNG MANIS 2011 DI TERMINAL TANJUNG MANIS PADA 21-22 MEI 2011.DIRASMIKAN OLEH YB AHLI PARLIMEN TANJUNG MANIS,DATO HJH NORAH.AKTIVITI AKTIVITI SEPERTI KARAOKE,POCO POCO DAN BERBAGAI LAGI DISAJIKAN PADA PENGUNJUNG.DAN KEPADA PENDUDUK BERHAMPIRAN YANG INGIN MEMBAYAR CUKAI PINTU,SILA DATANG KE PEJABAT MDMD CAWANGAN TANJUNG MANIS.50 PEMBAYAR PERTAMA AKAN MENERIMA CENDERAHATI DARI PIHAK MAJLIS.

sketches song "tetap bertahan" by do the nols

sketches song : judul : tiada rekod by do the nols

sketches song . judul : CINTA by do the nols

bebaskan apa yang kita suka lakukan...

setiap manusia itu punya potensi dalam dirinya..setiap manusia juga punya kelebihan yang boleh membezakan perwatakan antara sesama manusia...jadi..cari lah ia dan pergunakannya untuk mendapatkan kepuasan dalam menjalani kehidupan..

welcome and thank you..