About Me

Pages

Blog Archive

Popular Posts

Sunday 26 June 2011

P206 TANJUNG MANIS JUARA LIGA NAIM BAHAGIAN SARIKEI

Skuad P206 Tanjung Manis muncul juara apabila melakar kemenangan bergaya keatas Belia Bintangor 3-0 pada perlawanan akhir kelmarin.skuad P206 memulakan aksi cemerlang apabila penyerang,Azan menjaringkan gol pembukaan seawal minit kedua akibat kesilapan penjaga gol Belia Bintangor.Namun Belia Bintangor menunjukkan reaksi melawan dengan melakukan beberapa asakan dan percubaan ke pintu gol P206, Namun penjaga gol P206 itu nyata terlalu kebal untuk dibolosi.keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Di separuh masa kedua, P206 memperkemaskan corak permainan dan mencipta beberapa pertukaran pemain.di pertengahan masa , Doby sabri melakukan rembatan ke pintu gol yang gagal di tangkap kemas penjaga gol Belia Bintangor menjadikan keputusan 2-0.Aksi yang semakin longlai Belia Bintangor dipergunakan sebaiknya oleh skuad P206 dan akhirnya sekali lagi Azan melakukan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Belia sekaligus keputusan 3-0 meranapkan sisa sisa perjuangan Belia Bintangor.

Dengan kemenangan ini,P206 Tanjung manis berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5000 berserta trofi dan akan menjadi wakil bahagian sarikei ke Liga Juara Juara Antara Bahagian yang akan diadakan di zon tengah nanti.

Saturday 18 June 2011

Bola Sepak : Skuad P206 mara ke Final

Skuad P206 Tanjung Manis melakar sejarah tersendiri apabila layak ke perlawanan akhir setelah menundukkan Land Survei ( landas) Sarikei 4-3 di stadium mini Sarikei kelmarin.Walaubagaimanapun pasukan P206 terpaksa berhempas pulas setelah ketinggalan 1-2 di separuh masa pertama.peluang seakan tertutup apabila Landas menambah satu lagi jaringan melalui kesilapan jentera pertahanan menjadikan keputusan 1-3 pada awal aksi babak kedua.keputusan memaksa jurulatih Skuad P206 merombak percaturan dengan memasukkan penyerang, Mohammad Zulkifli dan pertahanan kanan, Amiruddin Bakri serta membenarkan pemain tengah, Mohammad Shahrudin bermain di bahagian pertahanan bagi Membantu Mohammad Ainil menguatkan jentera pertahanan.pertukaran strategi ini membuahkan hasil apabila pemain pemain P206 semakin kerap melakukan asakan ke kubu lawan dimana Mohammad Ainil sering mendapat peluang untuk membuka ruang dari bawah sehinggalah pada 15 minit terakhir,satu gol cantik melalui flying headed oleh Mohammad Ainil gagal diselamatkan penjaga gol Landas menjadikan keputusan 3-2.dalam tempoh seminit berikutnya, Mohammad Zulkifli sepatutnya berjaya menyamakan kedudukan,namun gol beliau dibatalkan kerana Mohammad Ainil dikatakan telah dijatuhkan terlebih dahulu diluar kotak penalti dan pengadil hanya memberikan sepakan percuma kepada skuad P206.Namun, Yasir Zafir yang mengambil sepakan percuma tersebut melakukan rembatan cantik melepasi benteng lawan bagi mengikat kedudukan 3-3. Zulkifli Akhirnya menebus kehampaannya apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan P206 seminit berselang apabila rembatan derasnya gagal di sekat penjaga gol Landas dan sekaligus memberikan laluan ke Peringkat Akhir buat skuad P206 Tanjung Manis.


**** dikesempatan ini, penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyokong yang datang kelmarin dan memberikan sokongan yang membakar semangat pemain kita.
Ingat..jangan lepaskan peluang untuk datang lagi pada perlawanan akhir pada 26 hb ini.. :)

Wednesday 25 May 2011

SEORANG KEKASIH ITU ADALAH......

Anda punya kekasih?tau kah kamu apa pengertian seorang kekasih yang sebenar?mari bersama sama do'the nols berkongsi serba sedikit pemahaman tentang pengertian kekasih.

Seorang kekasih adalah seorang sahabat baik yang lazimnya adalah berlawanan jantina dimana dalam persahabatan ini terlahir satu perasaan yang memberikan kelainan yang boleh melahirkan perbezaan sifat peribadi semasa keberadaannya dengan ketidakberadaannya.sehingga disuatu saat keselesaan dan keintiman ini membawa kepada perasaan saling memerlukan antara satu sama lain.
Boleh dikatakan juga seorang kekasih adalah sahabat yang berlainan jantina yang kerap keinginan perasaannya ingin selalu berada berdekatan dan akan terasa janggal pabila jauh atau tidak berhubung.ini adalah kerana melalui perhubungan seperti ini,telah terjadi akan satu keinginan untuk memiliki lawannya.
perasaan rindu,sayang dan cemburu adalah permainan biasa bagi golongan ini.tidak akan bisa lari darinya.Tidak kesemua kekasih akan merasai keseronokan atau keselesaan dalam perhubungan.dan akan menjadi kebiasaan bagi setiap kekasih ada didalamnya perasaan curiga pada pasangan.ini adalah kerana telah terlahir didalam hatinya perasaan mengasihi lawan dan gelodak sayangnya membawa kepada perasaan takut kehilangan hingga membawa kepada pemikiran berhati hati terhadap risiko kehilangan.
Seorang kekasih itu asasnya adalah seorang sahabat baik berlainan jantina yang dalam proses perkenalan dimana kehidupan mereka berkongsi agar dapat saling mengenal sebelum ke tangga pertunangan dan seterusnya pernikahan.

Tuesday 24 May 2011

MAAF ( sukar ungkapkan cinta maya)



Maaf kalau aku tidak sesempurna itu.seperti yang engkau bayangkan sebelumnya.aku manusia biasa saja.yang tidak akan berdaya memuaskan apa yang kau harap dan inginkan.Cinta ini terlahir di alam maya sana.dimana kita hanya berbicara di chat space dan menulis komen.aku suka kamu bukan cuma dari tanda "like" pada wall kamu.smuanya begitu cepat dan aku begitu merasa sayang pada kamu.makanya aku sentiasa menatap foto foto kamu di profil putih biru.senyuman kamu sangat manis sekali.manisnya hingga membuat aku selalu mengingatkan nama kamu setiap waktu.Alangkah baiknya kalau kamu sedari.dan kamu cuba selami semua yang ada di benak ini.kerna aku tidak yakin bisa meluahkannya.walaupun di wall kamu.apatah lagi berdepan dengan diri kamu.namun aku akan tetap sayang.kerna cinta ini bukan sekadar melayang di ruang Facebook ini..ianya melayang jauh ke dunia nyata saya.dan mudah mudahan,suatu hari nanti,kamu bisa sedar..bahawa saya sangat sayang pada kamu. :)   [ do'the nols ]

Kini kita boleh terus berhubung :)

Kini penduduk di kawasan Tanjung Manis boleh terus sampai ke seluruh kawasan utama di sarawak apabila jalan raya ke bandar sibu telah siap dibina.dengan berkenderaan sendiri perjalanan hanya mengambil sekitar satu jam setengah dari bandar Tanjung Manis.Dengan adanya kemudahan ini,maka mudahlah untuk sanak saudara yang bekerja diluar kawasan pulang ke Kampung Halaman,terutana pada musim perayaan.. :)

Monday 23 May 2011

FUTSAL ZON TANJUNG MANIS ( BELAWAI )

SEMPENA CUTI SEKOLAH INI,PERTANDINGAN FUTSAL AKAN DIADAKAN  DI  GELANGGANG FUTSAL BELAWAI ( TAPAK PESTA KAUL ).MARI SERTAI.

Nur Kasih The Movie : anda suka??