About Me

Pages

Blog Archive

Popular Posts

Sunday 26 June 2011

P206 TANJUNG MANIS JUARA LIGA NAIM BAHAGIAN SARIKEI

Skuad P206 Tanjung Manis muncul juara apabila melakar kemenangan bergaya keatas Belia Bintangor 3-0 pada perlawanan akhir kelmarin.skuad P206 memulakan aksi cemerlang apabila penyerang,Azan menjaringkan gol pembukaan seawal minit kedua akibat kesilapan penjaga gol Belia Bintangor.Namun Belia Bintangor menunjukkan reaksi melawan dengan melakukan beberapa asakan dan percubaan ke pintu gol P206, Namun penjaga gol P206 itu nyata terlalu kebal untuk dibolosi.keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Di separuh masa kedua, P206 memperkemaskan corak permainan dan mencipta beberapa pertukaran pemain.di pertengahan masa , Doby sabri melakukan rembatan ke pintu gol yang gagal di tangkap kemas penjaga gol Belia Bintangor menjadikan keputusan 2-0.Aksi yang semakin longlai Belia Bintangor dipergunakan sebaiknya oleh skuad P206 dan akhirnya sekali lagi Azan melakukan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Belia sekaligus keputusan 3-0 meranapkan sisa sisa perjuangan Belia Bintangor.

Dengan kemenangan ini,P206 Tanjung manis berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5000 berserta trofi dan akan menjadi wakil bahagian sarikei ke Liga Juara Juara Antara Bahagian yang akan diadakan di zon tengah nanti.

Saturday 18 June 2011

Bola Sepak : Skuad P206 mara ke Final

Skuad P206 Tanjung Manis melakar sejarah tersendiri apabila layak ke perlawanan akhir setelah menundukkan Land Survei ( landas) Sarikei 4-3 di stadium mini Sarikei kelmarin.Walaubagaimanapun pasukan P206 terpaksa berhempas pulas setelah ketinggalan 1-2 di separuh masa pertama.peluang seakan tertutup apabila Landas menambah satu lagi jaringan melalui kesilapan jentera pertahanan menjadikan keputusan 1-3 pada awal aksi babak kedua.keputusan memaksa jurulatih Skuad P206 merombak percaturan dengan memasukkan penyerang, Mohammad Zulkifli dan pertahanan kanan, Amiruddin Bakri serta membenarkan pemain tengah, Mohammad Shahrudin bermain di bahagian pertahanan bagi Membantu Mohammad Ainil menguatkan jentera pertahanan.pertukaran strategi ini membuahkan hasil apabila pemain pemain P206 semakin kerap melakukan asakan ke kubu lawan dimana Mohammad Ainil sering mendapat peluang untuk membuka ruang dari bawah sehinggalah pada 15 minit terakhir,satu gol cantik melalui flying headed oleh Mohammad Ainil gagal diselamatkan penjaga gol Landas menjadikan keputusan 3-2.dalam tempoh seminit berikutnya, Mohammad Zulkifli sepatutnya berjaya menyamakan kedudukan,namun gol beliau dibatalkan kerana Mohammad Ainil dikatakan telah dijatuhkan terlebih dahulu diluar kotak penalti dan pengadil hanya memberikan sepakan percuma kepada skuad P206.Namun, Yasir Zafir yang mengambil sepakan percuma tersebut melakukan rembatan cantik melepasi benteng lawan bagi mengikat kedudukan 3-3. Zulkifli Akhirnya menebus kehampaannya apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan P206 seminit berselang apabila rembatan derasnya gagal di sekat penjaga gol Landas dan sekaligus memberikan laluan ke Peringkat Akhir buat skuad P206 Tanjung Manis.


**** dikesempatan ini, penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyokong yang datang kelmarin dan memberikan sokongan yang membakar semangat pemain kita.
Ingat..jangan lepaskan peluang untuk datang lagi pada perlawanan akhir pada 26 hb ini.. :)